
Perletakkan jawatan Dr. maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan beberapa hari lepas sememangnya begitu terkesan dalam diri masyarakat Malaysia terutamanya warga pendidik.
Sejak beliau memegang potfolio pendidikan bermula pada 20 bulan yang lalu, beberapa reformasi telah dilakukan dan kebanyakkan menguntungkan institusi pendidikan negara terutamanya mereka yang berada di luar bandar.
Muat naik pertama selepas bergelar mantan
Oleh sebab itu, perletakkan jawatan yang dilakukan pada hari pertama sesi persekolahan benar-enar memberit tamparan hebat buat semua.
Tidak kira penyokong ataupun pembangkang, rata-rata berasa sedih dengan pengunduran diri beliau dalam kabinet negara. Sehubungan dengan itu Dr. Maszlee telah tampil buat pertama kali di Instagramnya selepas meletak jawatan bagi ‘memujuk’ rakyat Malaysia terutamanya warga pendididik.
Sapu air matamu, bangkitlah terus berjuang
Dalam baris pertama nukilannya, Dr. Maszlee telah meminta para guru menyeka atau menyapu air mata kesedihan diatas keputusan tersebut. Hal ini kerana perjuangan yang mereka sudah rencanakan lebih utama berbanding tampuk kepimpinan.
Sehubungan dengan kenyataan yang begitu syahdu daripada bekas Menteri Pendidikan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagramnya dengan mengakui perubahan yang telah diberikan oleh Dr. Maszlee lakukan untuk warga pendidik dan juga golongan kelainan upaya (OKU).
Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar Ahli Parlimen Simpang Renggam itu terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan olehnya selepas ini.
Terima kasih YB atas segala sumbangan
Baru nak rasa perubahan sikit
Kami warga pendidik sedih dengan situasi ini
Kenapa perjuangan membela guru begitu singkat?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak
Sumber: Maszlee Malik
PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.