“Sepatutnya Adakan Majlis Resepsi Bulan Ini, Tapi Tak Kesempaian,” – 3 Bulan Anak Lelaki Pergi Dijemput Illahi, Azian Mazwan Sapuan Reda Atas Pemerglan Arw@h

Penyanyi popular era 1980-an yang juga pernah menyertai program Gegar Vaganza 2, Azian Mazwan Sapuwan akui rasa sayu dan sedih apabila mengenangkan keadaan cucunya yang membesar tanpa bapa.

Terdahulu, anak keempatnya, Allahyarham Mohamad Aqil Zulkarnain telah pulang ke rahmatullah 16 Disember tahun lalu selepas lebih tiga minggu koma akibat kemalangan jalan raya.

Difahamkan, arwah menghembuskan nafas terakhir jam di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.

Arwah meninggalkan seorang balu bersama anak tunggal mereka.

“Anak saya bernikah tahun lalu, namun kami belum sempat mengadakan sebarang majlis. Sepatutnya, mengikut perancangan, kami mahu mengadakan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinan Aqil bulan ini.

“Tarikhnya belum ada, cuma rancang nak langsung bulan ini. Malah ada juga serba sedikit persiapan yang sudah dilakukan.

“Tetapi, rencana Allah lebih hebat, perancangan itu tidak kesampaian. Apa pun memang rasa terkilan dan sedih lebih-lebih lagi bila terpandang wajah cucu.

“Setiap kali saya melihat wajah si kecil itu, terbit perasaan sayu mengenangkan dia akan membesar tanpa kehadiran seorang bapa,” katanya.

Azian terdahulu ditemui di majlis pelancaran busana Munawwareen 2020, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Reda atas ketentuanNya, penyanyi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini juga akui, sebagai ibu dia masih terkenangkan pemergian arwah tersayang.

Bagaimanapun dia perlu kuat demi suami serta anak-anak yang lain.

“Dua bulan telah berlalu, saya masih terkenang. Sesekali rindu itu datang. Untuk menghilangkan perasaan terbabit, saya melihat dan memeluk pakaian arwah.

“Pemergian arwah memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Pada awalnya, saya akui sukar untuk terima kenyataan dia sudah pergi dijemput Ilahi.

“Mula-mula, saya rasa sangat sedih tetapi saya teringat dengan pesan seorang ustaz, tidak manis andai terlalu meratapi pemergian arwah.

“Lalu saya cuba isi masa dengan lakukan pelbagai aktiviti selain memanjangkan doa buat Allahyarham.

“Pada masa sama, apa yang berlaku ini membuatkan saya lebih kuat selain mendekatkan diri kepdaNya dan isi masa dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran,” jelasnya jujur.

Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.