
Ketika rakyat Malaysia sedang sibuk mengambil tahu perkembangan semasa politik tanah air, terdapat juga individu yang tidak terburu-buru dan kelihatan tenang menghadapi perkara tersebut.
Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Ahmad Maslan sempat berkongsi resipi ‘Roti wholemeal Gardenia Goreng’ menerusi laman Twitter miliknya pagi semalam.
Sarapan pagi dimasak sendiri
#Sarapan simple sedia sendiri
Roti wholemeal #Gardenia goreng dgn telur campur sos cili (french toast?)
Tumis #ikanbilis mata biru #Kimanis, udang kering, bawang merah, bawang putih, lada merah, sikit garam, sikit minyak #sawit
Air kosong panas & air kosong sejuk
Ok jugak👌🏻 pic.twitter.com/BiSAUgQyE0
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) February 24, 2020
Posting tersebut diulang kicau sebanyak 419 kali dan meraih 873 tanda suka serta pelbagai reaksi yang rata-rata terhibur dengan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu.
Orang sibuk politik, YB ‘steady’ je!
Cef Wan pun boleh kalah ni
Tenang sungguh!
Jarang ada lelaki rajin masak
Sempat lagi kongsi resipi, negara tengah huru hara
Walau bagaimanapun bagi sesiapa yang mengikutinya di Twitter, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan apabila beliau sering berkongsi pelbagai lagi resipi masakan yang boleh dicuba nanti.
Masakan petai
Aku masak❗️
Petai #Pontian 4 cara -kupas, hiris, biji & biasa👌🏻
Tumis dgn bawang besar, bawang putih, ikan bilis #Kimanis, lada merah #CameronHighlands2 biji telur goreng hancur
Campur bawang besar, bawang putih, sambal belacan (ikan bilis, cili padi, belacan ditumbuk lesung)👍 pic.twitter.com/2lDcVYb4RS— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) February 13, 2020
Mee segera nampak sedap!
Resipi sendiri🌹#Pantun ori👌🏻
Mee segera, di masak sendiri,
Campur ayam, dan juga bawang;
Berusahalah kita, berdikari,
Dikejar jangan, simpati orang.Mee segera, makan malam,
Lada merah, campur telur;
Ayuh kita, jangan berdendam,
Demi ummah, negara makmur.[ABM 5/2/2020] pic.twitter.com/p2HRsefYRK
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) February 5, 2020
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak
Sumber:Ahmad Maslan
PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.