5 Artis 90an Yang Buat Comeback Tahun 2000an, Netizen Terkejvt Tengok Perubahan Dorang!

Bagi mereka yang hidup di zaman 90an, pastinya artis-artis kesayangan korang pada masa tu sama ada sudah seusia dengan korang ataupun jauh lebih tua daripada korang kan. Kebanyakannya dah tak aktif dalam dunia hiburan.

Hanya segelintir je macam Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan beberapa lagi yang masih famous.

Yang lain? Haa semua dah senyapkan diri daripada dunia hiburan dan tak attractive macam dulu lagi. Tapi korang jangan terkejut! Sebab baru-baru ni, 5 artis zaman 90an ni buat comeback yang mengejutkan. Jom kita tengok perubahan mereka pada tahun 2000an! 

1. Zarul Umbrella

Mula dikenali bersama kumpulan Umbrella di bawah bimbingan komposer Saari Amri pada tahun 1994, Zarul bersama ahli kumpulannya sempat keluarkan dua album bersama sebelum penyanyi ni tarik diri dari dunia hiburan sebab berkhidmat dengan MAS sebagai pramugara pada 1998.

Nama Zarul kemudian tenggelam, tapi tak lama lepas tu dia join rancangan Gegar Vaganza terbitan Astro. Haa sejak dari itu nama Zarul Umbrella kembali mencanak naik sehingga dia jadi juara tau bagi program tu.

Zarul yang dulu nampaknya jauh beza dengan sekarang. Dia nampak lebih kacak dan ada di antara peminat yang cakap wajahnya ala-ala oppa Korea. Sekarang Zarul bukan saja menyanyi, dia juga dapat tawaran berlakon tau! Uish bukan main!

 

View this post on Instagram

 

45min kerja keras .. dah settle kasi up selfie, p/s abaikan mata tu .. rabun..😅

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on

 

View this post on Instagram

 

Salam Jumaat #zarulhusin #zarulumbrella #salamjumaat

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on

2. Sham Visa

Mengorak langkah dalam dunia hiburan sebagai seorang vokalis bagi kumpulan rock Malaysia, Visa, Sham sekurang-kurangnya telah merakam dan menerbitkan 3 buah album bersama kumpulan tersebut.

Selain daripada nyanyian, dia juga pernah berlakon dengan aktres terkenal 90-an iaitu Aida Aris dalam filem Debu-Debu Kasih (1995).

3. Edika Yusof

Mula mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan di era 90an, Edika Yusof ini memang digilai gadis-gadis pada zaman tersebut oleh kerana kekacakannya.

Walau bagaimanapun, nama Edika mula dilupakan peminat selepas dia bertugas sebagai pramugara MAS dan terlibat dalam bidang seni reka grafik. Edika seterusnya mengundurkan diri dari bidang seni apabila isterinya jatuh sakit dan lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua. 

Selepas hampir sedekad berlalu, nama Edika mula disebut-sebut apabila dia terjun dalam dunia lakonan semula pada tahun 2017 lepas. Sejak dari itu, kisah murni Edika yang menjaga isterinya yang lumpuh dan setia berbelas tahun dengan perkahwinannya jadi sebutan ramai.

Malah Edika juga tampil bertambah kacak walaupun usianya sudah menjengah 50an! Wow!

4. Wann

Mungkin tak ramai yang kenal siapa Wann ni, namun di zaman kegemilangannya, Wann yang muncul pada penghujung 80an hingga tahun 90an ni seorang penyanyi yang terkenal sebab memiliki suara yang unik.

Namun selepas mendirikan rumah tangga pada 1993, dia telah berhijrah ke Singapura bersama suaminya dan mula memperlahankan rentak kariernya bagi memberi fokus kepada keluarga.

Sama seperti Zarul dan Sham, nama Wann mula disebut-sebut semula apabila dia menyertai program Gegar Vaganza 6. Sejak dari itu, Wann mengumpul peminat lama dan baru yang suka kepadanya dek kerana suaranya yang serak basah dan unik tu!

Haa malah penampilan Wann juga masih vogue macam dulu ye walaupun usia hampir 50 tahun!

 

View this post on Instagram

 

Konsert Farmfresh Unplugged 15/1/2020 #astroria📺

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on

 

View this post on Instagram

 

Selamat Pagi❤ Nantikan Konsert FarmFresh Unplugged 15 January⚘ 💞Tengok Tau

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on

 

View this post on Instagram

 

Terimakasih @anasabdullah.kl 👗🧡

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on

5. Naqiu

Mungkin Naqiu bukan datangnya daripada era 90an tapi kebanyakan budak 90an memang kenal dengan Naqiu.

Terkenal semasa menjadi vokalis kumpulan Boboy pada tahun awal 2000an, Naqiu pernah jadi kegilaan remaja ramai sehingga album sulung kumpulan ni mendapat kutipan sebanyak 30,000 unit. Malah kumpulannya juga bukan je menyanyi, mereka juga terlibat dunia lakonan melalui filem Boboy The Movie. Wow!

Akibat komitmen kepada keluarga, Naqiu menyepi selama 12 tahun sebelum muncul semula dalam program Gegar Vaganza musim ke-6 tahun lepas. Namanya terus melonjak naik dan ternyata bakat nyanyian juga menjadi sebutan ramai.

Naqiu yang dulu bukan yang sekarang ye! Dia kini berimej lebih matang dan persembahannya lebih menyegat dari zaman remaja dulu.

Tapi bukan artis je yang gigih buat comeback ni. Jajan korang masa zaman 90s pun ada buat comeback tau tahun 2020 ni!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.