Cik B Tampil Dalam Sepahtu Reunion, Jep Terus Jadi Diva AA Buat Penonton Berdekah

Sepahtu Reunion yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Warna sememangnya ditunggu oleh setiap peminat sitkom bersahaja kumpulan pelawak tersebut.

Jika anda peminat setia sitkom tersebut, semestinya mengetahui format siarannya apabila pihak produksi akan mengundang selebriti lain tanpa diketahui oleh ahli kumpulan Sepahtu sendiri.

Tiru gaya Diva AA

Malam tadi, sketsa Sepahtu Reunion gamat apabila anak kepada usahawa terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B hadir memeriahkan lagi pementasan.

Namun tindakan spontan Jep iaitu anggota kumpulan Sepahtu berlagak seperti Azwan Ali cukup menghiburkan.

Perkara tersebut telah menarik perhatian netizen hingga memuat naik sedutan daripada pementasan tersebut di Twitter.

Tongkat pun boleh jadi monopod

Jep yang tidak semena-mena mengambil tongkat props telah menjadikan objek itu seperti monopod yang sering digunakan Azwan Ali atau Diva AA seolah-olah merakam dirinya bersama Cik B.

Umum sedia tahu bahawa ketika ini, CIk B dan Diva AA mempunyai sedikit konflik sehingga berurusan dengan peguam masing-masing.

See my level!

Tindakan spontan Jep itu bukan sahaja telah membuatkan sahaja membuatkan penonton yang berada di pementasan tersebut terhibur, malahan penonton dirumah juga gelak terbahak-bahak.

Oleh hal yang demikian, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai diruangan komen sumber. Mereka mengakui bahawa terhibur dengan lawak tersebut dan ada juga yang meminta Jep supaya berhati-hati dalam masa terdekat kerana khuatir akan didakwa oleh individu tersebut.

Tak takut kena saman ke Jep?

Sumpahlaa berdekah semalam

Kuat mengajing Jep ni

Diva AA pun pernah bahan Jep

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:  Astro Gempak, Lapeqah

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.