Gara2 Bvlu M@ta Palsv, Budak Ini Disamakan Dengan Watak Ju-On

Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, ketakutan seseorang terhadap objek atau perkara yang tidak masuk akal seperti permainan itik getah, bangunan yang tinggi atau memandu di atas jambatan pasti akan membuat orang lain geli hati.

Permainan mata buat jantung gugur.

Kadang kala kita sendiri tersilap pandang dan menyangka tali pinggang adalah ular, atau rambut sendiri adalah labah-labah.

Satu perkongsian video di Twitter pula menunjukkan seorang kanak-kanak yang terlampau takut dengan bulu mata palsu kerana menyangka ia ulat.

Dalam video yang telah meraih lebih 1 juta tontonan, budak lelaki itu menjadi histeria kerana terdapat bulu mata palsu yang melekat di pipinya.

Lebih memburukkan keadaan, lelaki yang sedang merakam video tersebut yang dipercayai bapanya menyuruh kanak-kanak itu untuk tidak bergerak, sebelum menakut-nakutkannya dan menggesa dia agar membuang bulu mata palsu itu dari mukanya.

Akibatnya kanak-kanak itu menangis dengan lebih kuat dan menjerit seperti orang hilang akal. Reaksi budak lelaki itu membuat penonton berdekah.

“Belum dengar pun dah kelakar…”

“Jahat tapi lawak…”

“Budak tu akan balas dendam masa kau tidur…”

Di samping itu juga ramai yang sempat menyamakan rupa kanak-kanak tersebut dengan watak budak lelaki Jepun dalam filem Ju On: The Grudge. Ada yang mengatakan mungkin itulah sebabnya budak dalam filem seram tersebut jadi hantu.

“Macam budak kecik dalam The Grudge…”

“Tak ingat pun scene ni…”

“Dendam bulu mata palsu…”

“Macam ni rupanya budak tu mati…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Twitter

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.