“Badan Macam Terbkar, Tek@k Macam Teln K@ca” Pesakit Covid-19 Cerita ‘Seks@’ Keena Jangkltan

Seorang wanita di UK disahkan positif Covid-19 pada 13 Mac lalu telah menceritakan keseksaan yang dirasai selama ‘jatuh sakit’.

Mandy Charlton telah dibawa ke salah sebuah hospital di Newcastle, UK dengan ambulan selepas suhu badannya mencecah 38 darjah selsius lapor Daily Star.

Mandy mula rasa tak sedap badan bila salah seorang anaknya balik ke rumah dari sekolah demam minggu lepas dan percaya yang dia dapat virus ini dari anaknya.

Dia bermalam di hospital sebelum dibenarkan keluar 12 jam kemudian dan mengatakan yang dia terpaksa gunakan baju hospital untuk dijadikan bantal kerana hospital tersebut dah tak cukup barang.

Sekarang ini, Mandy perlu buat pengasingan sendiri di rumah sehingga hujung minggu dan tidur selama 20 jam serta makan paracetamol untuk sembuh.

Nasib baik menurut wanita ini, anak-anaknya dah cukup besar untuk jaga diri dorang sendiri sepanjang tempoh ini.

Suhu badan saya pernah cecah sampai 39 selsius dan saya ada batuk pelik yang kering dan menyakitkan. Badan saya rasa terbakar, tekak macam telan kaca. Saya pernah demam sebelum ini tapi kalini rasanya memang lain.”

Dia menambah, bila hospital mengatakan yang wanita ini dah cukup sihat untuk pulang ke rumah dan buat pengasingan sendiri, dia terpaksa tunggu 9 jam sebelum kawan baiknya sanggup menggadaikan nyawa menjemputnya pulang ke rumah.

Wanita ini berkata, ketika di hospital dia terkejut bila melihat staf-staf di sana tak cukup mask dan apron. Malah dorang sampai perlu pinjam meminjam.

Mandy berkata dia tak salahkan pasukan perubatan malah meletakkan kesalahan ini sepenuhnya ke atas kerajaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.