“Kami Akan Kuarantin Diri Sendiri” Baru Pulang Dari Australia, Liyana Jasmay Patuhi Langkah Penjagaan Kesihatan

Pelakon Liyana Jasmay memaklumkan dia dan aktres Intan Ladyana telahpun tiba di Malaysia awal pagi semalam selepas bercuti dan menjalani penggambaran di Australia.

Perkara itu dikongsi Liyana menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

“Kami sepatutnya kembali ke Malaysia pada 23 Mac, tetapi disebabkan kebimbangan terhadap Koronavirus, kami membatalkan beberapa lokasi dan memendekkan masa penggambaran untuk pulang lebih awal.

“Masa ketibaan kami di Malaysia adalah pada awal pagi 18 Mac, sebaik sahaja bermulanya perintah kawalan pergerakan di negara kita.

“Kami akan kuarantin diri sendiri selama 14 hari seperti yang diarahkan untuk mengenal pasti jika ada gejala yang berlaku,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Liyana turut menulis kata-kata penghargaan buat pengamal perubatan dan semua individu yang terlibat dalam usaha mengawal dan merata wabak COVID-19.

“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan mereka yang terlibat dalam usaha menangani pandemik ini, kami berjanji akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda semua dengan hanya duduk di rumah sahaja,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Liyana meninggalkan respon berbeza, ramai antara mereka menasihati Liyana untuk mematuhi langkah penjagaan kesihatan dengan sebaik mungkin.

 

View this post on Instagram

 

Big up to @airasia for arranging the change of flights for us. We were supposed to fly back to Malaysia on the 23rd March but amidst the coronavirus scare, we decided to cancel some locations, shorten our shoot time and come home early. The timing was perfect as we arrived early morning on the 18th, right on the dot of the restricted movement order by the Malaysian government. We will be doing self quarantine for 14 days as instructed to look out for symptoms (if any) and are so happy to be back and rest at home. Thank you to all of the doctors, nurses and frontliners who are working tirelessly in the face of the pandemic and we promise to do our best in helping you by staying put in our homes. Don’t forget to wash your hands everyone! #VacaywithAirAsia #travel #travelbesties #glampergirls

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Untuk rekod, jumlah kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah 790 orang setakat malam tadi.

60 daripada jumlah tersebut telahpun sembuh sepenuhnya dan dikeluarkan dari hospital, pada masa yang sama, rekod kematian di negara kita masih kekal dengan jumlah dua orang.

Mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.