Seb@k… BCL Dan Noah Buat ‘Virtual Hvg’ Di Pvsara Ashraf Sinclair

Ibu kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, Emmy Muchils berkongsi foto ketika menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair di Instagram (IG) miliknya.

Emmy adalah antara individu yang setia menemani BCL dan anak lelakinya, Noah mengunjungi pusara arwah menantunya itu.

Foto terakhir yang dimuat naik kira-kira lima hari lalu telah mencuri perhatian netizen kerana kelihatan BCL dan Noah melakukan ‘virtual hug’ bersama Ashraf di atas pusara suaminya itu.

 

View this post on Instagram

 

#doa utk Dady#kemakam with nena#

A post shared by emmymuchlis (@emmymuchlis) on

Rata-rata pengikut meluahkan rasa sebak dan sedih selepas melihat foto keluarga kecil itu.

“Lihat slide terakhir kenapa mata aku berkaca.”

“Slide terakhir.. Kekal kuat BCL dan Noah.”

“The last slide.. Family hug. Al-Fatihah.”

“Ya Allah. Slide terakhir tetiba air mata saya jatuh sendiri… Kak Unge pasti bisa jadi yang terbaik buat Noah.

“Slide terakhir peluk kangen Unge ke Ashraf. Al-Fatihah,” antara komen-komen yang ditulis.

Terdahulu, suami BCL, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.