“Secara Peribadi Beri Wang Ringgit Sebanyak RM300 Seorang” Mohd Nor Bond Dedah Johan & Ozlynn Jadi Sukarelawan Agih Bantuan Makanan

Pelakon senior Mohd Nor Bond mendedahkan sifat peribadi mulia pelawak dan penyampai radio ERA, Johan dan isteri Ozlynn yang tidak dikongsikan kepada umum.

Menurutnya, Johan dan Ozlynn telah terlibat sebagai sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mengagihkan bantuan makanan kepada penggiat seni.

Dalam pada itu, Mohd Nor Bond menyatakan Johan adalah individu yang akan bersedekah juadah makanan tengah hari pada hari Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa.

“Di masjid Bukit Antarabangsa 2 minggu sekali pada hari Jumaat, jemaah akan dapat hidangan nasi beriani ,nasi tomato dan mcm macam lagi.

“Mungkin jemaah tak tahu sebab Johan tak pernah bagi tau..Bila kawan kawan bukak booth jualan, Johan akan membeli barang setiap booth walaupun tiada keperluan.

“Hanya sifat ingin membantu. Kalau dia makan di kedai mamak insya-Allah dia akan bayar bill makanan kawan-kawan dia..Dia bawak skuter biasa je. The unsung hero,” kongsinya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.