Iklan Appeton Ini Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang masih mengalami ‘PTSD’ apabila mengingati kembali saat-saat mendebarkan ketika ingin menyerahkan buku laporan akademik kepada ibu bapa.

Malah ramai yang sanggup menipu dengan meniru tanda tangan ibu bapa atau sengaja menghilangkan buku laporan agar mereka tidak perlu berdepan dengan kritikan ibu bapa.

Apa tidaknya, semua pelajar dari negara-negara Asia sudah dapat menjangka apa yang ibu bapa mereka akan katakan apabila melihat keputusan mereka.

Lebih tragik, ada ibu bapa yang langsung tidak menunjukkan rasa bangga dengan keputusan cemerlang anak-anak dan ingin mereka terus menjadi yang terbaik dalam segala perkara.

Itulah yang dapat dilihat dalam satu iklan untuk produk suplemen selera kanak-kanak, Appeton.

Dalam video iklan yang tular, sepasang ibu bapa berbangsa India memanggil anak lelakinya untuk membincangkan tentang keputusan akademiknya.

Dengan nada sedih dan kecewa, ibu remaja berkenaan membacakan semua markah kertas peperiksaannya yang mendapat markah penuh.

Namun satu ‘markah’ di dalam buku laporan itu tidak memuaskan hati wanita itu di mana ia mencatatkan nombor 35.

Apabila remaja itu melihat apakah subjek yang dia mendapat markah 35, rupanya ia hanyalah catatan berat badannya.

Namun ibunya tidak peduli dan tetap mahukan semua dengan markah sempurna, membuatkan bapanya mencadangkan remaja itu memakan suplemen untuk menggembirakan hati ibunya.

Rata-rata netizen terhibur dengan jalan cerita dan cara suntingan iklan itu yang menyerupai filem Tamil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page NOTE UNTUK AWAK

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak NOTE UNTUK AWAK tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak NOTE UNTUK AWAK juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.