Tetap Mahu Bantu Frontliner! Gadis Tiada Tangan Jahit Baju PPE Guna Kaki

Walaupun Orang Kurang Upaya (OKU) yang kudvng kedua belah tangan,  namun dia menjalani kehidupan penuh berdikari dengan menggunakan fizik4l yang ada.

Terbaru, Norfarrah Syahirah Shaari yang merupakan  kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan sekali lagi mendapat perhatian di laman Facebook apabila menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk ‘frontliner’.

Menurut wanita berusia 32 tahun tersebut, hanya itu mampu dilakukan bagi membantu barisan hadapan negara yang sedang berjuang merawat pesakit Covid-19.

“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki.. Ok saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri.. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.. Ni je yang mampu,” katanya.

Aktiviti menjahit PPE untuk ‘frontliner’ Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan itu adalah projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar kolej berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page NOTE UNTUK AWAK

Sumber : Norfarrah Syahirah Shaari

PERHATIAN: Pihak NOTE UNTUK AWAK tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak NOTE UNTUK AWAK juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.